Thursday, January 5, 2012

TANAMAN CILI KULAI F1 568


FERTIGASI UMUM

Fertigasi , berasal daripada gabungan perkataan (fertilizer= baja + irrigation = pengairan) , sistem ini hanya menyalurkan larutan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dengan menggunakan pam atau graviti dari tangki larutan nutrien ke tanaman-tanaman yang ditanam di dalam polibeg menggunakan bahan lengai seperti sekam padi bakar, cocoa peat dan sabut kelapa sebagai medium. Sistem fertigasi kini menjadi lebih mudah dan maju dengan adanya teknologi terbaru. Gabungan pengetahuan mengenai baja, peralatan dan strategi pengurusan nutrien yang efektif, menjadikan teknik fertigasi semakin diminati untuk diceburi. Teknologi fertigasi memerlukan individu untuk belajar beberapa prinsip sebelum memulakan projek untuk mengelakkan masalah di kemudian hari antaranya ialah:
  • pengetahuan mengenai komposisi baja, perbezaan unsur dalam baja dan bahan baja.
  • peralatan yang digunakan untuk sistem fertigasi mestilah bersesuaian dengan kuantiti tanaman dan penggunaan baja.
Adalah penting untuk memilih teknik dan peralatan yang sesuai dengan sistem pengairan dan jenis tanaman. Pemilihan teknik dan peralatan yang tidak sesuai akan merosakkan sistem pengairan dan seterusnya memberi kesan kepada operasi dan mengurangkan hasil tanaman.



Seperti teknologi tanaman yang lain, fertigasi juga ada kebaikannya. Antaranya ialah teknologi fertigasi tidak memerlukan kawasan yang luas kerana tiada lagi penggunaan tanah. Bukan itu sahaja, masa penanaman juga akan menjadi pendek dan ini bermakna lebih pusingan tanaman dalam tempoh setahun. Selain itu, kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan dan penggunaan air dapat dijimatkan. Malah, serangan serangga dan penyakit tanaman mudah dikawal dengan menggunakan racun yang minimum.


Namun, fertigasi memerlukan kos permulaan yang tinggi dan perlukan sedikit pengetahuan untuk memulakannya. Selain itu, kaedah fertigasi juga memerlukan kemudahan asas seperti elektrik dan sumber air bersih yang secukupnya. Bukan itu sahaja, tidak semua jenis tanaman sesuai ditanam dengan menggunakan kaedah fertigasi kerana tempoh masa matang yang panjang dan pasaran yang terhad.


Kebaikan Sisten Tanaman Fertigasi
  • Pembesaran pokok sekata disebabkan pemberian baja mengikut pertubuhan pokok dan hasilnya tinggi
  • Pemberian baja tidak membazir disebabkan baja hanya diberi dalam kawasan zon akar yang diperlukan
  • Pokok tahan dari serangga penyakit bakteria yang berpunya dari dalam tanah kerana tanaman ditanam dalam polybeg
  • Tanaman boleh diprogramkan mengikut musim dan tempat.
  • Kos pengendalian dan kaedah merumput dan meracun boleh dikurangkan dan dikawal
  • Tidak memerlukan tenaga berat dan tanaman bersih dan persekitarannya indah dan cantik
  • Hasil tinggi dan pendapatan lumayan kerana tanaman terpilih sahaja ditanam.
  • Boleh ditanam sepanjang tahun dan pulangan modal cepat.
Kelemahan Sistem Fertigasi
  • Kos Penyediaan dan Pembinaan yang tinggi
  • Pengusaha memerlukan kemahiran dalam bidang tanaman fertigasi
  • Pengurusan yang berterusan.
  • Kerosakan sistem membawa kerugian. 









TANAMAN LIMAU KASTURI SECARA SISTEM FERTIGASI
Saya mempraktikan tanaman secara sistem fertigasi pada tanaman Limau Kasturi. ternyata penghasilannya amat memuaskan. Pokoknya kecik tapi buahnya lebat. Tak terhabis kalau dimakan satu keluarga, jadi saya jual buahnya ke kedai makan yang berdekatan.

Gambar-gambar penanaman Limau Kasturi dengan mengunakan sistem Fertigasi.






FERTIGASI - PIPING SYSTEM

WATER PUMPS SYSTEM

MINI FERTIGASI - TANAMAN LIMAU KASTURI


LIMAU KASTURI SEDANG BERBUAH

LIMAU KASTURI SEDANG BERBUAH






TANAMAN CILI KULAI F1 568 HYBRID SECARA SISTEM FERTIGASI DI KAWASAN TERBUKA


ATURCARA

1   Benih Cili perlu disemai terlebih dahulu kerana dalam tempoh 1 bulan barulah ia boleh dipindahkan ke polybag / ladang. Benih semaian perlu di letak di bawah lindungan cahaya matahari dan disiram 2 kali sehari. Peatmos digunakan sebagai media dalam process penyemaian kerana kandungan nutriennya boleh mengalak pertumbuhan akar.


ANAK CILI BERUSIA 1 BULAN.

2   Sementara menanti ia membesar, kawasan penanaman perlu dibersihkan dari rumput rampai dan diratakan tanahnya agar kedudukan polybag sekata.




TANAH PERLU DISELENGGARA


TANAH PERLU DISELENGGARA

3   Setelah semuanya berkeadaan bersih, bentang Sunshade dengan jarak 3 kaki untuk laluan semasa penyelengaraan dan kutipan hasil

4   Pemasangan pipe line dan water pump system.


FERTIGASI  - PIPING KIT


FERTIGASI - PIPING SYSTEM


5  Pengisian polybag berukuran 16" x 16" dengan Cocopeat + Serkam dengan nisbah 3 : 1 .Poybag yang telah diisi, di atur mengikut ukuran 3 kaki x 2 kaki.

KEDUDUKAN POLYBAG.( 3' x 2' )

6   Setelah semuanya telah bersedia, maka bolehlah dipindahkan anak-anak cili kepolybag. Pastikan anak-anak cili didedahkan kecahaya matahari sebelum process pemindahan dilakukan. Waktu yang sesuai ialah selepas pukul 4 petang atau selepas sembahyang asar.

7  Pemungutan hasil yang pertama boleh dilakukan ketika cili berumur diantara 75 ~ 80 hari. Ketika itu cili berwarna coklat kemerahan. Jangan tunggu hingga ia berwarna merah.


PEMILIHAN CILI KULAI F1 568
  • Sederhana pedas
  • Pokok berintangan penyakit
  • Saiz buah besar dan hasilnya lebat
  • Berbunga sambil berbuah
  • Varieti pilihan pemborong dipasaran dan pilihan pengusaha cili di Malaysia

PEMERHATIAN TANAMAN
  • Memeriksa setiap pokok
  • Pastikan air drip berfunagsi
  • melilit dan mengikat pokok pada tali
  • Membuang mata tunas
  • Memantau serangan perosak dan penyakit
  • Penyemburan racun perosak
  • Pastikan jenis serangga dan pilih racun yang disyorkan
MUSUH TANAMAN CILI

LALAT PUTIH

Serangga perosak tanaman dengan memindahkan penyakit bawaan virus yang sukar dikawak. Petua yang paling mudah dan murah ialah dengan menyembur bahan campuran air & jus bawang putih setiap 4 hari.
Untuk lebih mudah lagi, belilah supliment garlic oil dalam bentuk softgel/kapsul dari mana-mana  farmasi. Larutkan 1 kapsul/softgel tersebut dengan 1 litre air dan semburkan secara merata pada tanaman terutamanya di bawah daun.

Tambahan :
Kumbang Ladybird boleh digunakan sebagai kawalan biologi kerana ia adalah pemangsa yang terbaik untuk mengawal kawasan tanaman dari menjadi habitat teritip, aphid dan lalat putih.

APFID / KUTU DAUN




Jenis tanaman suka diserang oleh kutu daun ini adalah cili, timun, bendi, terung dan labu. Selalunya kutu daun akan menyerang pada bahagian daun, pucuk muda dan dahan lembut. Afid ini juga selalunya membina koloni dan sarangnya dibawah permukaan daun.

Afid biasanya akan merosakkan tanaman dengan mengisap sap ataupun cecairan sel daun mengakibatkan pertumbuhan daun terbantut dan menjadi kerinting. Afid ini juga merembeskan cecair (sisa buangan/najis) yang manis. Rembesan ini akan melekat pada permukaan daun dan mengakibatkankan berlakunya pertumbuhan kulat jelaga. Pertumbuhan kulat jelaga ini juga menjejaskan proses fotosintensis. Akibatnya, pertumbuhan pokok terbantut secara seluruhannya. Rembesan manis afid ini tadi membentuk satu hubungan simbiosis di antara afid dan juga semut. Afid membekalkan makanan (najis manis) kepada semut manakala semut pula menjaga dan memmindahkan afid daripada pokok ke pokok.

Afid juga bertindak sebagai vektor yang mampu memindahkan penyakit virus kepada tanaman. Kitaran hidup afid adalah sekitar 8-10 hari sahaja dan afid melalui dua peringkat hidup iaitu nimfa dan serangga dewasa. Nimfa atau anak afid dilahirkan secara partenogenesis iaitu dilahirkan oleh afid dewasa dengan kadar kelahiran 5-6 nimfa sehari. Nimfa ini akan bersalin kulit sebanyak 4 kali dan melalui empat peringkat instar sebelum menjadi afid dewasa.
Afid dewasa terbahagi kepada dua, iaitu afid tidak berkepak dan afid berkepak tetapi kebanyakkan afid adalah tidak berkepak. Afid berkepak adalah tujuan penyebaran koloni.


Bagi tanaman organik, pemangsa afid seperti kumbang kura – kura dan tanaman selingan seperti jagung digunakan bagi mengurangkan populasi afid di ladang. Manakala bagi kawalan secara kimia pun racun perosak dengan bahan aktif seperti profenofos, prothiophos dan imidaclorprid digunakan. Semburan perlu dilakukan mengikut sistem 1,4,7 dan semburan dilakukkan bawah daun.





BIODATA PENULIS


Saya adalah anak peneroka Felda generasi kedua, tapi kini menetap di Melaka kerana bekerja. Saya bekerja disalah sebuah kilang pembuatan tangki tekanan tinggi. Boleh dikatakan 90% tangki yang siap akan dihantar keluar negara. Ha...ini dia salah satu contoh tangki yang sedia untuk dihantar.


Dalam kesebokkan bekerja seharian, dapat juga saya menghiburkan hati dengan projek tanaman secara fertigasi yang mana ia merupakan hobi sejak kecil lagi. Projek tanaman/pertanian saya lakukan diatas jalan raya ( jalan mati bersebelahan rumah ). Dengan kepakaran yang dipelajari dari jabatan Pertanian, Pokok Limau Kasturi dapat tumbuh dengan segarnya. 







INILAH KELUARGA KU....



No comments:

Post a Comment