TANAMAN LIMAU KASTURI SECARA SISTEM FERTIGASI
Gambar-gambar penanaman Limau Kasturi dengan mengunakan sistem Fertigasi.
FERTIGASI - PIPING SYSTEM
WATER PUMPS SYSTEM
MINI FERTIGASI - TANAMAN LIMAU KASTURI
LIMAU KASTURI SEDANG BERBUAH
LIMAU KASTURI SEDANG BERBUAH
TANAMAN CILI KULAI F1 568 HYBRID SECARA SISTEM FERTIGASI DI KAWASAN TERBUKA
ATURCARA
1 Benih Cili perlu disemai terlebih dahulu kerana dalam tempoh 1 bulan barulah ia boleh dipindahkan ke polybag / ladang. Benih semaian perlu di letak di bawah lindungan cahaya matahari dan disiram 2 kali sehari. Peatmos digunakan sebagai media dalam process penyemaian kerana kandungan nutriennya boleh mengalak pertumbuhan akar.
ANAK CILI BERUSIA 1 BULAN.
2 Sementara menanti ia membesar, kawasan penanaman perlu dibersihkan dari rumput rampai dan diratakan tanahnya agar kedudukan polybag sekata.
TANAH PERLU DISELENGGARA
3 Setelah semuanya berkeadaan bersih, bentang Sunshade dengan jarak 3 kaki untuk laluan semasa penyelengaraan dan kutipan hasil
4 Pemasangan pipe line dan water pump system.
FERTIGASI - PIPING KIT
KEDUDUKAN POLYBAG.( 3' x 2' )
6 Setelah semuanya telah bersedia, maka bolehlah dipindahkan anak-anak cili kepolybag. Pastikan anak-anak cili didedahkan kecahaya matahari sebelum process pemindahan dilakukan. Waktu yang sesuai ialah selepas pukul 4 petang atau selepas sembahyang asar.
7 Pemungutan hasil yang pertama boleh dilakukan ketika cili berumur diantara 75 ~ 80 hari. Ketika itu cili berwarna coklat kemerahan. Jangan tunggu hingga ia berwarna merah.
PEMILIHAN CILI KULAI F1 568
- Sederhana pedas
- Pokok berintangan penyakit
- Saiz buah besar dan hasilnya lebat
- Berbunga sambil berbuah
- Varieti pilihan pemborong dipasaran dan pilihan pengusaha cili di Malaysia
PEMERHATIAN TANAMAN
- Memeriksa setiap pokok
- Pastikan air drip berfunagsi
- melilit dan mengikat pokok pada tali
- Membuang mata tunas
- Memantau serangan perosak dan penyakit
- Penyemburan racun perosak
- Pastikan jenis serangga dan pilih racun yang disyorkan
MUSUH TANAMAN CILI
LALAT PUTIH
Serangga perosak tanaman dengan memindahkan penyakit bawaan virus yang sukar dikawak. Petua yang paling mudah dan murah ialah dengan menyembur bahan campuran air & jus bawang putih setiap 4 hari.
Untuk lebih mudah lagi, belilah supliment garlic oil dalam bentuk softgel/kapsul dari mana-mana farmasi. Larutkan 1 kapsul/softgel tersebut dengan 1 litre air dan semburkan secara merata pada tanaman terutamanya di bawah daun.
Tambahan :
Kumbang Ladybird boleh digunakan sebagai kawalan biologi kerana ia adalah pemangsa yang terbaik untuk mengawal kawasan tanaman dari menjadi habitat teritip, aphid dan lalat putih.
Jenis tanaman suka diserang oleh kutu daun ini adalah cili, timun, bendi, terung dan labu. Selalunya kutu daun akan menyerang pada bahagian daun, pucuk muda dan dahan lembut. Afid ini juga selalunya membina koloni dan sarangnya dibawah permukaan daun.
Afid biasanya akan merosakkan tanaman dengan mengisap sap ataupun cecairan sel daun mengakibatkan pertumbuhan daun terbantut dan menjadi kerinting. Afid ini juga merembeskan cecair (sisa buangan/najis) yang manis. Rembesan ini akan melekat pada permukaan daun dan mengakibatkankan berlakunya pertumbuhan kulat jelaga. Pertumbuhan kulat jelaga ini juga menjejaskan proses fotosintensis. Akibatnya, pertumbuhan pokok terbantut secara seluruhannya. Rembesan manis afid ini tadi membentuk satu hubungan simbiosis di antara afid dan juga semut. Afid membekalkan makanan (najis manis) kepada semut manakala semut pula menjaga dan memmindahkan afid daripada pokok ke pokok.
Afid juga bertindak sebagai vektor yang mampu memindahkan penyakit virus kepada tanaman. Kitaran hidup afid adalah sekitar 8-10 hari sahaja dan afid melalui dua peringkat hidup iaitu nimfa dan serangga dewasa. Nimfa atau anak afid dilahirkan secara partenogenesis iaitu dilahirkan oleh afid dewasa dengan kadar kelahiran 5-6 nimfa sehari. Nimfa ini akan bersalin kulit sebanyak 4 kali dan melalui empat peringkat instar sebelum menjadi afid dewasa.
Afid dewasa terbahagi kepada dua, iaitu afid tidak berkepak dan afid berkepak tetapi kebanyakkan afid adalah tidak berkepak. Afid berkepak adalah tujuan penyebaran koloni.
Bagi tanaman organik, pemangsa afid seperti kumbang kura – kura dan tanaman selingan seperti jagung digunakan bagi mengurangkan populasi afid di ladang. Manakala bagi kawalan secara kimia pun racun perosak dengan bahan aktif seperti profenofos, prothiophos dan imidaclorprid digunakan. Semburan perlu dilakukan mengikut sistem 1,4,7 dan semburan dilakukkan bawah daun.
APFID / KUTU DAUN

BIODATA PENULIS
Saya adalah anak peneroka Felda generasi kedua, tapi kini menetap di Melaka kerana bekerja. Saya bekerja disalah sebuah kilang pembuatan tangki tekanan tinggi. Boleh dikatakan 90% tangki yang siap akan dihantar keluar negara. Ha...ini dia salah satu contoh tangki yang sedia untuk dihantar.
Dalam kesebokkan bekerja seharian, dapat juga saya menghiburkan hati dengan projek tanaman secara fertigasi yang mana ia merupakan hobi sejak kecil lagi. Projek tanaman/pertanian saya lakukan diatas jalan raya ( jalan mati bersebelahan rumah ). Dengan kepakaran yang dipelajari dari jabatan Pertanian, Pokok Limau Kasturi dapat tumbuh dengan segarnya.